Antara dua redha,
Redha Azza wa Jalla dengan marahnya manusia,
Marah Azza wa Jalla dengan Redha manusia,
Daku memilih yang pertama.
Kerana redha menusia itu
Kesukaanku
Namun,
Tidak bisa daku penuhi semuanya
Kerana redha manusia tiada kekal
Kala kau menyukakannya
Dia memujimu
Kala kau melukakannya
Dia meninggalkanmu
Tiada betah menanti puja pujinya
Kerna aku bisa lelah mengharapkannya
Sedang benci Allah bakal tiba
Mengharap makhluk bukan Khaliqnya
Biar daku dibenci
Walau oleh mereka yang kusayangi
Hingga pupus diriku di mukabumi
Kiranya itu meredhakan Dia
Penciptaku yang daku cinta...
Assalamualaikum wbt
ReplyDeleteBagaimanalah kita mencapai keredhaan Allah SWT spt diharapakan oleh manusia walhal sebenarnya kita tiada nilai sesuatupun disisi Allah jika tidak buat apa2 yg dikehendaki oleh Allah SWT.Surah AlMaidah:68قُلۡ يَـٰٓأَهۡلَ ٱلۡكِتَـٰبِ لَسۡتُمۡ عَلَىٰ شَىۡءٍ حَتَّىٰ تُقِيمُواْ ٱلتَّوۡرَٮٰةَ وَٱلۡإِنجِيلَ وَمَآ أُنزِلَ إِلَيۡكُم مِّن رَّبِّكُمۡ Katakanlah: Wahai Ahli Kitab! Kamu tidak dikira mempunyai sesuatu agama sehingga kamu tegakkan ajaran Kitab-kitab Taurat dan Injil (yang membawa kamu percaya kepada Nabi Muhammad) dan apa yang diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu (iaitu Al-Quran).
Kita turun dimuka bumi ini dgn satu perjanjian iaitu setelah bai`ah kpd Allah SWT (QS 7:172) maka kita akan sentiasa didalam petunjuk Allah dan menunaikan amanah sekurang2nya menjadi saksi kpd manusia setelah Rasulullah saw menjadi saqksi kpd kita (Surah AlBaqarah:143وَكَذَٲلِكَ جَعَلۡنَـٰكُمۡ أُمَّةً۬ وَسَطً۬ا لِّتَڪُونُواْ شُہَدَآءَ عَلَى ٱلنَّاسِ وَيَكُونَ ٱلرَّسُولُ عَلَيۡكُمۡ شَهِيدً۬اۗ Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu.
DiPadang mahsyar nantilah penentuan sejauh manakah kita membuat amalan sehingga menjadi keredhaan Allah SWT w/pun di dunia kita dibenci dan dicemuh. Wallahualam
asik nak jaga redha manusia jahanam la hidop...
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteTerima kasih Hasrul sbb datang melawat kakak lagi walaupun dah tak jadi blogger. Kuat semangat Hasrul ye...
Mekasih kak :) May Allah bless you :)
ReplyDelete"Allah redha kepada mereka dan mereka redha kepada-NYA" (Q.S Al-baiyyinah:8)
ReplyDeleteAssalamualaikum...
ReplyDeleteRedha Allah membolehkan kita kekal bahagia..