TAG META

Friday, June 3, 2016

CERITA RAMADHAN

Ramadhan sudah semakin hampir. Seperti biasa, aktiviti yang sama sepanjang Ramadhan akan berulang.

Saya sebenarnya amat berharap agar semakin ramai dalam kalangan Asatizah yang menyampaikan tentang kelebihan-kelebihan khidmat dalam bulan Ramadhan. Kebiasaannya dalam bulan Ramadhan, para Asatizah banyak membicarakan tentang kelebihan melakukan ibadat-ibadat khusus wajib dan sunat, tentang pahalanya dan lain-lain. Sangat kurang yang membicarakan tentang fadhilat memberi khidmat kepada orang berpuasa. Maka umat Islam akan menumpu kepada memperbanyakkan amal-amal ini sahaja dan terlupa tentang satu lagi kelebihan iaitu khidmat.

Saya fikir, elok juga dibincangkan tentang kelebihan khidmat ini, untuk menaikkan semangat dan membantu mengekalkan keikhlasan kepada kaum wanita yang sememangnya penat di bulan Ramadhan. Celik je mata diawal pagi, dah sediakan sahur untuk keluarga. Anak-anak pula bukan makan dengan seronok, tetapi makan dengan monyok, mata tertutup, mengamuk bila kejut, komplen makanan tak sedap : 'mama, ini je ke sahur kita?', lepas tu pergi kerja,balik rumah masak lagi dan sediakan makanan pula untuk berbuka. Dah berbuka cuci pinggan periuk belanga. Ada suami yang membantu, tetapi ramai juga yang kurang membantu sebab mereka pun penat dan kalut nak mengejar amalan khusus.

Saya teringat tahun lepas ada status tentang kepenatan wanita menyediakan sahur untuk anak-anak. 'Matan'nya tu saya tak berapa ingat, tapi perkataan 'cong-ceng,cong-ceng bersilat di dapur tu saya ingat. Ramai juga yang mempertikai tentang keikhlasan si penulis status kerana berkongsi keletihannya tu, kononnya bila dah komplen, kuranglah pahala.

Bagi saya, bukanlah itu isunya. Manusia bila penat lelahnya dihargai, dia tidak akan bising. Dia bising bila dia rasa penat lelahnya tu percuma aje. Macam tak ada apa-apa nilai. Semua orang sibuk cerita fadhilat amalan khusus. Amalan yang tak khusus ni, tak ada apa-apa ke?

Sebenarnya amalan khidmat ini sangat besar ganjarannya. Tapi tidak dibicarakan dengan terperinci oleh para ilmuan. Justeru, kita yang bukan ilmuan ni, seringkali terlupa.

Saya nak cerita, memanglah tak sesuai, sebab tak ada tauliah. Nanti tersilap kongsi hadith maudu' naya pulak. Apakata para Asatizah yang terbaca status ni, buat sedikit kajian hadith dan sirah dan war-warkan tentang kelebihan ini. InsyaAllah,Ramadhan kali ni, para ibu-ibu akan memberi khidmat sambil tersenyum sampai ke telinga...

"SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK"

Cerita Dalam Sebuah Masjid.

Dalam sebuah masjid, seorang lelaki menegur rakan sekolah lamanya. Dia begitu kagum melihat rakan sekolah lamanya diikuti anaknya ke masjid, duduk dalam majlis ilmu, diam tak ganggu sesiapa.
"Baguihlah anak hang, boleh duduk diam dalam masjid, anak aku tak mau langsung ikut aku mai masjid. Mintak tolong apa pun tak mahu. Asyik dengan hp saja."

" Anak aku tu belajar di madrasah," kata rakan sekolah lamanya.

"Hmm...anak aku tu, aku pernah nak hantar dia kat madrasah. Baru sajabagitau, dia kata 'kalau abah hantag cek pi madrasah, cek lari balik', hmm.." mengeluh lelaki itu bila membayangkan anak2nya di rumah yang huru hara, ada yang asyik dengan motor, ada yang asyik dgn hp. Rugged dan tak hormat ibu bapa. Kalau nak dibandingkan dengan anak kawan lamanya, jauh api dari pemanggang!

Soalannya, apa yang sebenarnya telah hilang?

Jawapannya, masa yang lalu.

Pada saat anak itu sangat perlu kedua orang tuanya di sisi, kedua2nya sangat sibuk dengan kerjaya, atas alasan mahu membina keluarga. Apakah sebenarnya keluarga itu terbina atau hanya timbunan harta yg terbina?

Anak-anak ini teraniaya dgn tidak dididik sempurna, mereka diswastakan penjagaannya di tangan orang lain sebahagian besar dari kehidupan mereka. Tautan hati mereka dengan ibu bapa sudah pupus. Mereka dididik dengan diberi material dan gajet. Lalu, apabila ibu bapa perlukan bantuan mereka, mereka mengharapkan imbalan dari setiap bantuan itu. Semuanya mesti ada upah. Ibu bapa tidak lagi penting kerana dahulu, semasa mereka perlukan kedua ibu bapa, mereka juga tidak dianggap lebih penting dari kerjaya. Inilah hasil didikan dari acuan material dan lepas tangan kedua ibu bapa.

Bak kata ustaz Pahrol Mohd Juoi, siapa yang menyemai ombak, dialah yang menuai badai.

Meluntur buluh biarlah dari rebungnya.

Cerita anak kawan sekolah lamanya yang taat dan baik itu...

Mereka hidup susah. Pernah mendapat peluang untuk bekerja, namun kerana memikirkan kebajikan anak-anak, hanya isterinya yg bekerja. Dia hanya bekerja menternak ayam secara kecil-kecilan dan membuat kerja kampung. Bukan dia tak boleh kerja, tetapi pendapatan isteri lebih tinggi. Kalau kedua2 kerja, urusan anak dan ibu yang sakit akan terabai. Salah seorang mesti duduk di rumah kerana peranan di rumah itu begitu besar impaknya dalam pembinaan keluarga. Biar malu dan biar dikutuk orang. Inilah persetujuan yg telah dibuat hasil mesyuarat mereka suami isteri dan inilah hasilnya.

Wednesday, April 13, 2016

SI KAYA YANG TERLUPA

SI KAYA YANG TERLUPA

Hegemoni
Apabila si miskin diperas peluhnya, 
Demi menambah harta si kaya-raya

Segala jalan rezeki ditutup 
Justeru memaksa si miskin bekerja dan bekerja
Hanya untuk si kaya-raya
Menimbunkan busut hartanya

Ketika si miskin mengeluh pada hidupnya yang sempit
Pada makannya yang tidak cukup
Pada hutang piutang yang tak terbayar
Si kaya-raya memikir ligat 
Bagaimana mengekalkan status dan laba 
Pada hari-hari gawat
Biarpun dengan mengutip cebisan rezeki milik si miskin
Pada jalan yang penuh dosa

Si kaya-raya terlupa 
Bahawa nikmat itu dikurnia kepada sesiapa sahaja
Kecuali pada si tamak haloba

Lihat saja kudapan si kaya-raya 
Hanya roti gandum penuh, tanpa palitan kaya
Dan secangkir kopi pahit, tanpa gula
Manakan bisa,
Semua itu racun yang meregut
Tubuhnya yang kian mereput

Mahligai yang bertingkat
Tak mampu dijelajahi kerana jalannya bertongkat
Tilam beralas bulu angsa berlapis herba 
Tidak mampu lagi mengundang lena

Terkebil-kebil matanya
Menatap siling berhias kerawang reinessance
Yang tidak lagi memberi makna
Saban hari
Gelisah menanti terbit mentari

Sedang si miskin begitu mudah dibuai mimpi
Walau tidur beralas gumpalan kain 
Berbantalkan lengan
Di atas simen yang sejuk membeku

Sikaya terlupa
Nikmat bukan pada harta yang menimbun
Yang direngkuh siang dan malam
Pada jalan yang pincang
Tapi pada mereka yang tahu bersyukur
Dan mencari sekadar yang halal
Pada jalan bersuluh taqwa.

Tuesday, April 12, 2016

Redha dahulu, InsyaAllah Allah SWT akan fahamkan.

Seorang isteri mengadu kepada saya tentang rumahtangganya. Menurutnya, dialah yang  mengeluarkan belanja makan minum keluarganya sehari-hari. Duit gaji suaminya hanya cukup untuk membiayai kereta, rumah yang mereka duduki sekarang dan rumah yang baharu dibeli. Semua harta itu adalah di atas nama suaminya, selebihnya adalah untuk orang tua suaminya di kampung. Seolah-olah untuk dirinya, tiada apa-apa, melainkan komitmen yang tidak berbelah bahagi. Kesempitan hidupnya tidak terperi, sehingga ada kalanya terpaksa mengambil duit tabung anak-anak untuk membeli makanan.

Sungguh kasihan. Tetapi ini bukanlah cerita yang pertama saya dengari seperti ini. Kes begini sudah menjadi lumrah dalam institusi keluarga Islam di Malaysia.
Sangat sukar untuk memberi buah fikiran dan cadangan kerana tibulasi yang menimpa rumah tangga orang lain, walaupun ‘outcome’nya kelihatan sama, puncanya seringkali berbeza. Plot-plotnya, watak-wataknya dan pokok penceritaannya seringkali sangat subjektif dan tidak semudahnya dibandingkan dengan perjalanan cerita dalam rumahtangga kita.

Kita boleh memberi pandangan, tetapi samada ia praktikal untuk diamalkan, tidak dapat dipastikan.
Dalam Islam, dari segi hukum, nafkah adalah tanggungjawab suami. Isteri yang tidak mendapat nafkah, boleh menuntut haknya, malah boleh melepaskan diri dari ikatan itu jika masalah itu berpanjangan.

Itu adalah hukum. Tetapi ada satu rahsia lain yang lebih bermakna si situ.
Sebagai contoh, kita tidak wajib periksa sesuatu makanan yang bercop logo halal itu sama ada ia benar2 halal ataupun tidak. Cukup sekadar meletakkan kepercayaan kepada cop logo halal JAKIM di luar bungkusan. Namun begitu, orang yang warak sangat berhati-hati dan tidak sembarangan mengambil sesuatu makanan kecuali jika mereka benar-benar yakin. Dua-dua pihak pun betul, tetapi yang kedua lebih baik.

Berbalik kepada perbincangan asal tadi. Hukum pemberian nafkah itu terletak pada suami, tetapi jika  tidak berlaku begitu, anda ada dua pilihan. Memilih untuk menuntut hak, atau REDHA. Dua-dua pilihan pun betul. Tetapi yang kedua lebih baik.
Kefahaman tentang natijah di sebalik ujian yang Allah SWT berikan kepada seseorang manusia tidak akan diperolehi melainkan melalui jalan sabar dan redha. Ia bukan mudah untuk dilakukan. Setiap manusia memerlukan insan lain untuk memperingatkan tatkala ia sakit ditimpa ujian, hatta orang agama sekalipun.

Si isteri mungkin tidak mendapat nafkah dari suaminya, tetapi Allah SWT membuka jalan rezeki dari pelbagai sumber lain yang tidak disangka-sangka, dan sememangnya itulah yang berlaku. Telah banyak cerita-cerita rezeki terpijak saya dengari dari isteri yang berbelanja untuk keluarga, termasuklah pengalaman saya sendiri. Yakinlah, rezeki Allah SWT sememangnya luas. Isteri juga perlu meluaskan fahamannya tentang rezeki. Sihat juga rezeki, anak-anak juga rezeki, suami yang rajin menolong didapur juga rezeki. Mertua yang baik juga rezeki.
Kita tidak tahu walau sejengkalpun, apakah untung nasib kita pada hari esok. Untuk memahami takdir bukanlah sekadar sehari dua. Mungkin natijah itu hanya jelas setelah kita berusia lanjut. Sebab itulah kita perlu letakkan YAKIN terlebih dahulu, kerana penilaian ke atas ujian dalam kehidupan sangat memakan masa untuk difahami.

Pertama, yakinlah dalam setiap ujian pasti ada hikmah disebaliknya.

Keduanya, ujian tanda kasih Allah SWT terhadap hambaNya.

Ketiga, ujian adalah pintu kepada rezeki yang lebih baik.

Sebagai mengubat hati,  isteri juga perlu belajar mencari kebaikan lain dalam diri suaminya. Jika kelemahannya dari sudut pemberian nafkah, pasti sekali ada terselit kebaikan-kebaikan lain dalam dirinya. Jangan membandingkan untung nasib kita dengan pasangan lain. Walaupun kita nampak pasangan lain lebih hebat, yakinlah, mereka juga ada ujian-ujian yang perlu mereka hadapi. Cuma masalah itu tidak tampak jelas di mata kita kerana mereka tidak ceritakan pada kita. Boleh jadi masalah yang mereka hadapi lebih teruk dari kita.

Sememangnya isteri mempunyai alasan yang cukup kuat untuk meletakkan kesalahan ini atas suami. Namun seringkali, menang dalam penghujahan juga tidak mampu memperbaiki situasi yang telah berlaku, malah lebih menerukkan lagi keadaan sedia ada.  Bukan mudah mengubah orang lain, yang lebih mudah untuk diubah adalah diri kita sendiri. Kitalah yang perlu beradaptasi.

Dalam pada itu, jangan berputus asa menegur dan memanjatkan doa. Jika tiada jalan teguran melalui kita, carilah orang yang dipercayai untuk menyampaikannya dan sampaikanlah dengan cara yang baik dan berhikmah. Sebaiknya biarkan teguran itu kelihatan bersahaja, tidak seperti teguran dan lebih kepada berkongsi pendapat. Seringkali lelaki lebih suka mendapat buah fikiran dari temannya berbanding isterinya sendiri.

Syukurlah dengan sekadar yang ada, nescaya sedikit itu sudah cukup untuk membahagiakan dirimu. Yang pasti, setiap kebaikan yang kita lakukan, kebaikan jualah yang akan kembali kepada kita. Jika kita ingin Allah menyertai kita dalam setiap usaha kita, kita perlu amalkan bersifat SABAR. Yakinlah, janji Allah SWT ada di situ.
Mudah-mudahan saya sendiri dapat lebih memahami dan mengamalkan perkara ini setelah menyampaikannya kepada orang lain.


Mana Janjimu


MANA JANJIMU?

Kamu itu kononnya mahu memberi
Tetapi seakan tidak mengizini
Lorongnya ada pintunya tidak dibuka
Tapi diucap selamat datang semua
Silalah mencuba semoga berjaya

Ikhlaskah kalian ingin memberi?
Kenapa terlalu sukar mendapatkan yang kami hajati
Bukankah kamu juga yang memberi janji
Kononnya dipermudahkan jalan ini
Lorong yang lama kononnnya sukar dan penuh ranjau
Lorong ini kononnya mudah berhias kemilau
Mengapa tuturmu dalih berdalih?
Hingga kami ini menjadi letih

Kamu itu sudah sampai
Kami di belakangmu terkapai-kapai
Janji yang dulu tidak lebih untuk dirimu
Kami ini bagai tertipu

Kalaulah  bisa berpatah kembali
Sudah lama kamu kami tinggal pergi.


Saturday, February 5, 2011

Permulaan Kristianiti dan Penjelasannya - Bahagian 1

Tapak yang dipercayai sebagai tempat kelahiran Nabi Isa as di Crurch of Navity.... Wallahu'alam
 
Salam buat teman dan adik-adik sekalian, semoga dalam hidayah dan dikurniakan rahmat dan sakinah dari Allah Subhanahu Wataala. Kebelakangan ini Kak Fatim agak kesibukan sikit. Saban hari tercari-cari masa untuk berblog. Jangankan nak masukkan entri baru, nak melawat blog kawan-kawan pun tak sempat. Terlalu banyak kekangan sehingga masa yang sangat sedikit ini juga Kak Fatim tetap pergunakan untuk memasukkan entri. Moga Allah SWT membuka jalan untuk kakak dan adik-adik pembaca sekalian mohon doakan kakak untuk meneruskan perjuangan melalui wadah ini.

Sebenarnya Kak Fatim berblog juga tetapi bukan melalui blog ini. Kakak masukkan entri dalam blog resepi. Blog resepi tu tidaklah teruk sangat untuk diisi kerana formatnya sama sahaja. Yang teruk blog ini kerana pendekatan yang kakak gunakan untuk blog ini adalah ilmiah. Setiap kali kakak nak masukkan entri untuk blog ini kakak ambil masa yang cukup panjang kerana kakak nak pastikan pengisiannya berguna untuk rujukan bukan sahaja pada waktu ini, malah 100-200 tahun yang akan datang. Begitulah tingginya impian kakak yang pasti menjadi angan-angan sekiranya tidak diusahakan.

Baru-baru ini kakak pernah berjanji untuk menceritakan tentang permulaan agama Kristian Ortodoks yang berlaku selepas Nabi Isa Alaihisalam diangkat ke langit. Ya, hari ini kakak akan ceritakan. Namun begitu kakak harap cerita ini adik pembaca sekalian ambil hanya sebagai pemangkin untuk adik-adik baca bukunya yang sebenar. Kakak tulis pada hari ini adalah berdasarkan ingatan terhadap buku yang telah kakak baca pada lebih kurang 7 tahun yang lalu. Jadi kebarangkalian untuk kakak lupa atau tersilap adalah tinggi. Selain itu kakak juga ada membaca bahan lain tentang permulaan kristian ini seperti hasil tulisan Ahmad Deedat dan sebagainya. Kemungkinan untuk bercampur aduk fakta adalah juga tinggi. Kakak mohon maaf kerana tidak dapat menulis sambil merujuk buku yang sebenar kerana kakak tidak tahu di mana hendak dicari semula buku-buku berkenaan dan kakak juga sangat kesuntukan masa.

Baiklah, buku-buku yang kakak rujuk untuk tulisan ini bertajuk "Isa Sebagai Nabi Islam", Muhummed The Natural Succesor to Christ, Qisyahul Anbia' Ibratulli ulil Al Bab, Sejarah Hidup Nabi-nabi dan beberapa buah buku karya Ahmad Deedat yang kakak telah terlupa tajuknya (lebih kurang bunyi bukunya mcm ini- Jesus is not a God and Never Was....).

BAHAGIAN 1

Cerita Tentang Orang-orang Essen

Orang-orang Essen adalah sekelompok manusia berketurunan Nabi Yaakob bin Ishak (as) yang memelihara kepercayaan kepada Allah SWT. Mereka berketurunan Bani Israel. Pada zaman sebelum kelahiran nabi Yahaya (as), keadaan menjadi kacau bilau kerana ketika itu kerajaan Rom begitu membenci orang-orang Essen dan menangkap dan membunuh golongan ini. Kerajaan Rom ini dibantu oleh golongan Yahudi Kafirun yang menyokong penuh tampuk pemerintahan Rom ini. Peperangan berlaku di antara Kerajaan Rom yang dibantu oleh orangYahudi yang menyokong mereka melawan golongan Bani Israil yang percaya kepada Allah SWT. Orang-orang Essen ini tinggal di dalam hutan, gua-gua, pergunungan dan lain-lain dan melakukan serangan ala gerila kepada kerajaan Rom. Kebanyakan mereka adalah lelaki, hidup sebagai pelarian, tidak berkahwin dan sangat sedikit golongan wanita yang menyertai mereka.

(Makluman : Orang-orang Essen banyak membuat catitan Old Testament (Perjanjian Lama) dan menyimpan lembaran-lembaran ini. Selepas ribuan tahun agama Kristian bertapak di muka bumi ini, dengan perubahan versi yang banyak seperti Kristian Ortodoks, Protestan, Khatolik dan pelbagai injil dikeluarkan, satu catitan lama orang-orang Essen telah dijumpai. Perjumpaan Lembaran ini yang amat terkenal sehingga National Geograpry sendiri membuat kajian dan melancar satu filem edisi khas tentangnya (boleh rujuk, ada dalam internet) dinamakan The Dead Sea Scroll - akan dibincangkan sebentar lagi).

Kelahiran Nabi Yahaya a.s dan Nabi Isa a.s 

Kelahiran Nabi Yahaya a.s dan Nabi Isa a.s adalah sebagaimana yang telah kita pelajari dan fahami melalui Kitab Suci Al Quran Al Karim, iaitu nabi Yahaya adalah anak kepada Nabi Zakaria a.s dan Nabi Isa adalah anak kepada Mariam yang merupakan anak saudara kepada isteri nabi Zakaria as. Ibu Maryam yang bernama Hannah merupakan adik kepada isteri Nabi Zakaria as yang bernama Asyia. Suaminya bernama Imran(ayah kepada Mariam) merupakan keturunan nabi Daud as . Isteri nabi Zakaria sendiri adalah seorang perempuan mandul sehinggalah  Nabi Zakaria bermohon kepada Allah SWT agar mengurniakan zuriat kepadanya dan doa itu dimakbulkan dengan kelahiran nabi Yahaya as ketika umur nabi Zakaria as sangat tua. Selama Nabi Zakaria tidak mempunyai anak, baginda menjaga anak saudaranya iaitu Maryam seperti anaknya sendiri. Jadi,  Nabi Isa as adalah cucu saudara kepada Nabi Zakaria dan Nabi Yahaya pula adalah bapa saudara sepupu nabi Isa as. Namun begitu masa kelahiran mereka adalah hampir sama menyebabkan mereka menjadi rakan sebaya (rujukan-Kisah Para Nabi Teladan Bagi Orang Yang Berfikir - Ibnu Kathir)

Semasa  kelahiran inilah berlakunya kekacauan dan peperangan yang sengit di antara orang-orang essen dan tentera Rom. Nabi Zakaria dan Nabi Zakaria sendiri telah pernah membawa lari kaum keluarganya termasuklah Mariam sendiri di dalam hutan belantara untuk menyelamatkan diri dari tentera Rom yang zalim. Pada satu ketika, nabi Isa sendiri di bawa lari ke Mesir kerana utusan raja Syria mahu membunuhnya. Baginda dibesarkan di sana sehingggalah baginda berumur 12 tahun.  Setelah keadaan aman, Maryam kembali membawa pulang nabi Isa as dan pada ketika ini Nabi Isa telah membesar sebagai kanak-kanak yang mempunyai kebolehan yang luar biasa (mukjizat) seperti menyembuhkan orang buta, merawat orang berpenyakit kusta, menjumpai semula wang yang hilang dan lain-lain.

Orang-orang Yahudi yang kafir memandang kelahiran nabi Isa adalah hasil penzinaan di antara Mariam dan Nabi Zakaria dan ada pula yang mengaitkan kelahiran ini akibat penzinaan dengan seorang ahli ibadah Si tukang kayu Yussuf an Najjar. Yusuf merupakan sepupu kepada Maryam sendiri.  Atas sebab inilah juga berlaku penolakan dikalangan orang Yahudi terhadap Nabi Isa as. Orang Yahudi mencaci maki nabi Isa as dan menuduh baginda sebagai anak penzina.

Tentang The Dead Sea Scrolls.

The Dead Sea Scrolls adalah 972 helaian dokumen yang ditulis di atas kepingan kulitd an kepingan kulit pokok yang dijumpai di dalam gua bahagian utara Laut Mati (Jordan). Scroll ini mengandungi hasil-hasil tulisan kitab milik orang essen yang asli. Penemuan ini terjadi apabila seorang pengembala kambing mencari kambingnya yang hilang sehingga menemui Scroll ini yang disimpan di dalam dinding-dinging gua. Pengembala kambing ini kemudiannya mengambil Scroll berkenaan dan menjualnya kepada penjual kulit untuk mendapat sedikit wang. Mereka kemudiannya menyedari bahawa kulit-kulit ini mengandungi dokumen berharga yang tidak dapat diterjemahkan dan menyimpannya dengan begitu lama sehinggalah terdapat usaha untuk menterjemahkannya kembali. Penemuan ini telah menyebabkan isu baru timbul bilamana apa yang tercatat di dalam the Dead Sea Scroll adalah berlainan dari kitab-kitab injil (bible) yang ada pada masa kini.

Berikut adalah maklumat mengenai The Dead Sea Scrolls yang kakak perolehi dari Wikipedia:


The Dead Sea Scrolls are a collection of 972 documents, including texts from the Hebrew Bible, discovered between 1946 and 1956 in 11 caves in and around the ruins of the ancient settlement of Qumran on the northwest shore of the Dead Sea.
The texts are of great religious and historical significance, as they include the oldest known surviving copies of Biblical and extra-biblical documents and preserve evidence of great diversity in late Second Temple Judaism. They are written in Hebrew, Aramaic and Greek, mostly on parchment, but with some written on papyrus.[1] These manuscripts generally date between 150 BCE and 70 CE.[2] The scrolls are traditionally identified with the ancient Jewish sect called the Essenes, though some recent interpretations have challenged this association and argue that the scrolls were penned by priests in Jerusalem, Zadokites, or other unknown Jewish groups.[3][4]
The Dead Sea Scrolls are traditionally divided into three groups: "Biblical" manuscripts (copies of texts from the Hebrew Bible), which comprise roughly 40% of the identified scrolls; "Apocryphal" or "Pseudepigraphical" manuscripts (known documents from the Second Temple Period like Enoch, Jubilees, Tobit, Sirach, non-canonical psalms, etc., that were not ultimately canonized in the Hebrew Bible), which comprise roughly 30% of the identified scrolls; and "Sectarian" manuscripts (previously unknown documents that speak to the rules and beliefs of a particular group or groups within greater Judaism) like the Community Rule, War Scroll, Pesher on Habakkuk (Hebrew pesher פשר = "Commentary"), and the Rule of the Blessing, which comprise roughly 30% of the identified scrolls.[5]

 Permulaan Krisitaniti

Permulaan tercetusnya agama kritian boleh dilihat daripada terjadinya peristiwa Nabi Isa diangkat ke langit. Nabi Isa mempunyai 10 orang pengikut setia yang dikenali sebagai Hawariyyun dan sebilangan besar pengikut lain yang biasa. Pengikut ini juga dikenali sebagai rasul dari segi istilah yang membawa maksud penyampai. Mereka mencatit apa yang disampaikan oleh nabi Isa dan apa-apa berlaku di sepanjang kehidupan Nabi Isa as. Cara pencatitian mereka adalah di dalam bentuk penceritaan /narrator yang meletakkan nabi Isa pada kata ganti nama ke tiga iaitu dia, baginda dan lain-lain. Ini adalah antara sebab mengapa penulisan Bible di dalam bentuk penceritaan dan bukannya ayat sebenar yang disampaikan seperti ayat-ayat suci Al Quran.

Antara pengikut setia nabi Isa adalah seorang hawariyyun yang dikenali sebagai Barnaba. Barnaba adalah seorang pengikut yang soleh dan gigih menyampaikan dakwah. Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, kumpulan ini amat dibenci oleh Kerajaan Rom dan Kaum Yahudi Kafirun yang telah merancang untuk membunuh Nabi Isa as. Pada hari Nabi Isa diangkat ke langit, seseorang pengikut nabi Isa yang telah berpaling tadah (mengikut riwayat dikenali sebagai Yahuda atau Judas Iskariot) Judas Iskariot telah  Allah SWT samakan dengan nabi Isa dan dialah yang akhirnya ditangkap dan dipalang sehingga meninggal dunia. Ada juga riwayat yang mengatakan bahawa Judas Iskariot adalah merupakan pengikut setia Nabi Isa yang sanggup mengorbankan dirinya bagi menggantikan tempat Nabi Isa dan dia bukanlah seorang pengkhianat. Wallu'alam.

(Nota: Judas Iskariot mempunyai lembaran kitabnya sendiri yang dicatit berdasarkan apa yang disampaikan oleh Nabi Isa as. Lebaran kitab ini  telah dijumpai baru-baru ini. Kajian telah dijalankan terhadap isi kitab ini dan diterjemahkan dengan tajuk - Bible Of Judas Iscariot)

BERSAMBUNG........bila ada masa...doakan kakak.

 

Friday, January 14, 2011

Antara Dua Redha

google image


Antara dua redha,
Redha Azza wa Jalla dengan marahnya manusia,
Marah Azza wa Jalla dengan Redha manusia,
Daku memilih yang pertama.

Kerana redha menusia itu
Kesukaanku
Namun,
Tidak bisa daku penuhi semuanya
Kerana redha manusia tiada kekal

Kala kau menyukakannya
Dia memujimu
Kala kau melukakannya
Dia meninggalkanmu

Tiada betah menanti puja pujinya
Kerna aku bisa lelah mengharapkannya
Sedang benci Allah bakal tiba
Mengharap makhluk bukan Khaliqnya

Biar daku dibenci
Walau oleh mereka yang kusayangi
Hingga pupus diriku di mukabumi
Kiranya itu meredhakan Dia
Penciptaku yang daku cinta...

Wednesday, January 5, 2011

Tanam Padi Tumbuh Lalang - Asbab Kegagalan Dakwah

google image

Salam pada semua yang membaca. 

Kakak doakan agar kalian semua dalam limpahan rahmat, sakinah dan maghfirah dari Allah SWT, ceria dan berbahagia.

Sangat lama kakak memendam keinginan untuk menulis topik ini. Namun, momentum untuk menulis tentang ini sangat lemah. Ini adalah kerana topik ini adalah satu topik besar yang tidak layak bagi seorang seperti kakak menulisnya. Apatah lagi kakak tiada sebarang kelayakan rasmi yang membolehkan para pembaca untuk thiqah dengan apa yang kakak akan nyatakan. Yang ada pada kakak adalah pengalaman yang begitu lama berkecimpung di dalam medan dakwah dan pendidikan. Untuk kali ini kakak bukan sahaja mahu berbincang tentang dakwah secara spesifik tetapi juga kakak perluaskan kepada aspek pendidikan yang kakak terlibat secara langsung sekarang ini. Apa yang kakak tulis pada hari ini adalah hasil pengalaman dan pemerhatian kakak serta info yang kakak dapati melalui majlis ilmu yang kakak hadiri.

Dewasa kini kita lihat kerja-kerja dakwah dan pendidikan dijalankan tanpa putus-putus oleh pelbagai pihak, baik secara sukarela mahupun sebagai kerjaya sepenuh masa. Namun dalam konteks Malaysia ini, kita juga dapat saksikan kemungkaran yang begitu dahsyat, bermaharajalela dan amat sukar dikawal. Tidak perlulah kakak panjangkan apa bentuk kemungkaran itu kerana kakak yakin kita semua sedia maklum. Kita melihat badan-badan ngo dakwah menggunakan pelbagai kaedah untuk menyampaikan dakwah. Segala teknik, pendekatan, pedagogi dan lain-lain telah diguna pakai. Itu tidak termasuk lagi ceramah dan penulisan di media massa, media cetak, internet, blog-blog dan lain-lain. Guru-guru di sekolah pula tidak jemu-jemu mendidik. Namun kita dapati, peringkat sekolahlah paling banyak bermulanya benih-benih kemungkaran ini. Bak kata pepatah, bagaikan mencurah air di daun keladi. Kakak tidak nafikan hasil itu ada tetapi jika dibandingkan dengan kemungkaran yang tumbuh bercambah, jumlahnya memang jauh berbeza.

Pernahkan kita terfikir dimanakah silapnya?

Bermula dari penelitian kakak sebagai seorang pendidik kepada pelajar yang rata-rata tergolong di kalangan  anak remaja serta apa yang kakak dengari dari majlis ilmu, kakak menyenaraikan beberapa perkara yang boleh diklasifikasikan sebagai asbab kegagalan dakwah ini:

1. Kepimpinan Melalui Teladan

Ayat di atas terlalu biasa kita dengari sehingga menjadi retorik. Namun maksud disebaliknya adalah sangat mendalam dan penting. Bagaimana mungkin seorang pendidik yang mengajar pelajarnya supaya berpakaian mengikut etika pakaian, menutup aurat dan bersopan dapat menerapkan nilai ini jika diluar waktu kerja dia juga berpakaian menjolok mata? Tidak percaya? Inilah yang sering kakak lihat berlaku di hadapan mata kakak dewasa kini. Guru ini memahami bahawa tugas mendidiknya hanyalah pada waktu bekerja sahaja. Di luar waktu dia adalah manusia lain dan mungkin tidak mahu dikaitkan dengan kerjayanya itu. Maka apakah hasilnya apabila pelajarnya nampak keadaan dirinya itu? 
Bak kata pepatah, 'guru kencing berdiri, murid kencing berlari'. Jika guru melanggar batasan maka pelajarnya pasti lebih dahsyat dari itu.

2. Kurang Penerapan Kasih Sayang
Dalam konteks pendidikan, kasih sayang adalah begitu penting. Apatah lagi  dalam konteks dakwah. Apabila kita ingin mengubah seseorang dari satu keadaan kepada satu keadaan yang lebih baik dan mengikut landasan Islam, kita harus melakukannya dengan cara yang penuh hikmah dan sabar. Kita sepatutnya cuba meletakkan diri kita di tempat anak didik kita, bagaimanakah kita mahu kesilapan kita diperbetulkan? Adakah dengan cara yang kasar, sindiran, atau sekadar menyatakan kesilapan tetapi tidak menunjukkan jalan? Kita perlu menjalankannya dalam keadaan penuh prihatin, hikmah dan sabar. Prihatin, hikmah dan  sabar ini dapat hadir secara semulajadi jika kita ada perasaan sayang kepada anak didik kita ini. Anak didik kita sebenarnya dapat mengesan akan perasaan sayang kita pada mereka dan mereka dengan sukarela akan datang kepada kita.  Inilah kekuatan naluri manusia. Cuba lihat berapa orang pelajarkah yang mahu berjumpa guru disiplin untuk menceritakan masalah mereka berbanding ustazah dan guru perempuan yang lembut lembai dan baik? Tidak ada satu jalan untuk memperbetulkan keadaan dengan cara paksaan, kemarahan dan kebencian.

3. Matlamat Menghalalkan Cara
Seringkali kita lihat kumpulan-kumpulan tertentu membuat pelbagai program yang bertujuan menyedarkan masyarakat tentang sesuatu gejala yang kurang sihat namun dalam masa yang sama, cara kerja mereka juga menggalakkan kepada berlakunya gejala berkenaan. Kakak kurang berminat untuk menghuraikan dengan contoh kerana isu ini pantas menjadi sensitif. Kakak pernah dihentam sehingga hampir demam kerana menegur satu program yang memfokuskan isu pembuangan bayi namun dalam masa yang sama melibatkan pergaulan bebas  yang teruk dan pemakaian yang tidak mengikut syariat. Untuk satu program yang baik, cara yang diketengahkan juga mestilah baik dan mengikut landasan. Ini kerana kebiasaannya, sesuatu yang tidak baik berlaku bukanlah berpunca dari niat yang tidak baik, sebaliknya kerana cara yang di ketengahkan tidak mengikut sunnah dan syariat.

4. Dua Dalam Satu
Ini bukanlah iklan syampu ye dik.. Ini adalah hakikat yang ramai di antara kita  terapkan dalam medan dakwah dan pendidikan yang kita jalankan. Di samping berdakwah, kita juga mahu berniaga. Di samping mengajar anak-anak didik di sekolah, kita juga menjual barangan direct selling kepada mereka. Kita mahu memperolehi dua perkara di dalam satu tindakan yang kita ambil. Bak kata orang putih, throw two birds with one stone .Keuntungan dunia kita mahu dan akhirat kita harap. Kakak tidak nafikan di zaman Rasulullah SAW memang ramai sahabat yang berniaga dan mereka juga meyampaikan dakwah. Namun berbalik kepada  diri kita yang serba lemah, seringkali motif perniagaan itu mendahului atau overshadow tujuan dakwah kita kerana dalam perniagaan, keuntungannya tampak jelas di  dunia. Sedangkan dakwah itu begitu sukar dilihat hasilnya. Dakwah yang paling berkesan bukanlah dengan kebijaksanaan kita atau ketinggian ilmu kita tetapi sebaliknya sejauh mana pengorbanan diri, harta dan masa kita pada jalan agama.

5. Tidak berhikmah
Perkara ini agak kurang kita sedari sebagai blogger kerana kita menulis dan kita tidak tahu siapakah yang membacanya. Namun bagi yang menjalankankan dakwah ammah dan fardiah di luar sana, aspek ini sangat penting. Berhikmah bukan sahaja mencakupi aspek tindakan yang kita ambil terhadap sesuatu, ia juga melibatkan aspek kemahiran komunikasi kita dengan orang luar. Kita kena lihat siapakah target group kita semasa kita menyampaikan. Adakah mereka kanak-kanak, remaja, orang kampung, ahli korporat atau ilmuan. Kakak pernah mendengar khutbah Aidil Fitri yang ditulis oleh golongan ilmuan, menggunakan bahasa yang begitu moden sehingga berkerut-kerut khatib hendak membaca khutbah berkenaan. Hasilnya jemaah yang rata-rata terdiri dari orang kampung sukar memahami dan hilang tumpuan. Alangkah sedihnya. Suasana Aidil Fitri yang shahdu menjadi kelakar apabila khatib yang sudah tua silap menyebut banyak perkataan. H1N1 disebut HiNi. Apalagi, kasihan khatib diketawakan. Sudah tiba masanya para pendakwah mempelajari ilmu komunikasi dan memperluaskan pengetahuan dalam pelbagai bidang agar cara penyampaian kita berkesan selain kita juga akan menjadi seorang yang lebih memahami situasi yang dihadapi oleh orang lain. Tentang topik ini kakak ada kupaskan dalam bab yang lalu iaitu Berhikmahlah Dalam Berdakwah.

6. Tegas Berprinsip
Iktibar daripada kisah para sahabat dan tabiin yang terdahulu banyak menjelaskan kepada kita tentang peri pentingnya berpegang kepada prinsip dan ini menjadi asbab kepada terbukanya pintu hati orang bukan Islam kepada agama yang suci ini. Apabila kita menghujahkan sesuatu tentang syariat, maka kitalah terdahulu mengimplimentasikannya  dalam hidup kita. Jangan pula kita menghukumkan sesuatu pada pihak lain namun apabila kaum keluarga kita melakukan perkara yang sama, kita menutup mata. Ini pasti akan menjejaskan dakwah. Kisah Saidina Ali dan baju besi miliknya yang telah dicuri oleh seorang yahudi menunjukkan kepada kita bahawa dengan berpegang kepada prinsip keadilan (iaitu dilayan dengan cara yang sama semasa perbicaraan walaupun Saidina Ali adalah seorang Khalifah) telah melembutkan hati orang yahudi berkenaan untuk memeluk agama Islam.

Apabila kita menyampaikan dakwah, kita tidak sepatutnya larut sebagaimana orang di sekeliling kita hanya kerana ingin menarik minat mereka mengikuti kita sehingga ke tahap mengabaikan prinsip agama. Kejadian pemesongan ajaran Nabi Isa a.s sehingga tertubuhnya agama Kristian Ortodok bermula dari asimilasi yang diamalkan oleh Paulus di kawasan dakwah yang disampaikannnya iaitu sekitar Babil (babilon). Sedangkan pada masa yang sama Barnaba yang juga menyampaikan ajaran Nabi Isa a.s begitu tegas dengan prisip asal ajaran sehingga sebilangan besar yang mengikut ajaran Barnaba telah memeluk agama Islam semasa era Rasulullah SAW (ini akan kakak ceritakan dalam entri akan datang, insyaAllah).

7. Kurang Beramal.
Hakikatnya begitu ramai di kalangan manusia yang begitu tinggi ilmunya. Hujah mereka begitu mantap dan disertai dengan dalil-dalil yang sahih. Ada juga di kalangan pendakwah yang mampu mengeluarkan pelbagai nas sehingga mematahkan hujjah pihak lain. Namun kejayaan sesuatu dakwah adalah bilamana ada di kalangan anak didik mereka yang berubah dan mampu beramal dengan apa yang telah mereka sampaikan. Percakapan yang ada Nur adalah bermula dari pengamalan yang istiqamah terhadap apa yang disampaikan. Tidak hairanlah apabila kita lihat ramai yang mendengar ceramah namun sedikit yang memperbaiki amalan. Ada kalanya penceramah terlalu banyak menyelitkan unsur jenaka sehingga  program ceramah dipenuhi dengan hilai ketawa. Kakak berasa aneh apabila berlakunya perkara seperti ini. Kakak terfikir, apakah sebenarnya yang diharapkan oleh penceramah ini? Memang apabila anda menyampaikan dengan santai dan humor, anda akan dipuji, diminati dan akan popular sehingga mendapat undangan yang bertalu-talu. Namun, tidak tahulah kakak tentang hasilnya, mungkin bagi orang lain ia amat baik. Bagi pihak diri ini, kakak lebih berminat mendengar ceramah yang mampu mengalirkan air mata keinsafan. walaupun aspek pengamalan belum tentu, sekurang-kurangnya air mata yang mengalir kerana Allah SWT bisa memadamkan api neraka. Ulama menyatakan bahawa  dalam berdakwah, usaha kita menyampaikan di siang hari hanyalah 10% asbab membantu kejayaan dakwah kita. 90% yang lainnya adalah doa dan air mata yang kita panjatkan kepada Allah SWT di dalam solat malam kita khas buat insan yang kita dakwahkan itu.

8. Cepat Menghukum
Hukuman yang kakak maksudkan di atas bukanlah hukuman berbentuk tindakan sebaliknya ia adalah pandangan kita tentang sesuatu perkara. Seringkali apabila sesuatu perkara buruk berlaku, kita pantas menghukum sipelakunya dengan pelbagai tuduhan. Sekiranya kita bersabar sedikit, kita mungkin dapat menyelami punca sesuatu itu di lakukan. Manusia dilahirkan di dalam latar belakang yang berbagai. Kita tidak nafikan ilmu agama sampai namun lazimnya sekiranya mereka hidup di kalangan ahli keluarga yang tidak beramal dengan agama, agak sukar untuk mereka istiqamah dengan ilmu yang mereka pelajari. Sekiranya kita ingin berdakwah kepada golongan yang jauh dari agama, kita perlu membuat persediaan yang lebih sedikit dengan mengkaji latar belakangnya. Sebaiknya kita kenal mengenal terlebih dahulu sehingga dapat mengesan punca sesuatu kemungkaran itu berlaku.Selain itu kita jangan sekali-kali memandang sipelaku kemungkaran tidak berpotensi untuk memperbaiki dirinya kerana apa yang akan berlaku di kemudian hari tidak dapat kita jangkakan. Kakak teringat cerita seorang rakan pendakwah yang terjumpa satu buku lama di dalam sebuah surau di kampungnya. Beliau kini adalah salah seorang yang begitu giat dalam dakwah, namun di dalam buku berkenaan yang telah ditulis berpuluh tahun yang lampau, namanya dicatitkan di dalam senarai 'tidak berpotensi' untuk menerima dakwah.


9. Pecah Hati
Ini adalah istilah yang begitu terkenal di kalangan satu jemaah yang giat menjalankan dakwah di negara ini. Istilah ini bermaksud tidak bersatu hati. Bersatu hati adalah satu aspek yang penting kepada kumpulan dakwah kerana ia adalah asbab turunnya rahmat dari Allah SWT. Rahmat yang turun ini adalah unsur yang sangat penting dalam menentukan  kejayaan dakwah. Bagaimanakah boleh berlakunya dakwah sekiranya ahli kumpulan dakwah ini bercakaran di antara satu sama lain. Apabila bercakaran maka malaikat akan pergi meninggalkan kumpulan ini dan siapa lagi yang akan tinggal kalau bukan syaitan laknatullah. Sesuatu yang buruk tidak dapat memperbaiki sesuatu yang lebih buruk. Pecah hati ini juga akan menyebabkan sebahagian anggota jemaah 'quyup' (bak kata orang Tasek Gelugor) terus dari medan dakwah kerana masing-masing tidak boleh lihat muka pihak yang dibencinya. Inilah punca sebenar terhalangnya aktiviti dakwah.

10. Halangan Pasangan dan Anak-anak.
Halangan pasangan bukan sahaja bermaksud halangan seperti yang kita fahami, ia juga membawa maksud tidak menyokong atau membiarkan si pendakwah membuat kerja dakwah seorang diri sedangkan pasangannya sibuk akan hal dunia. Halangan terang-terangan dari pasangan dapat kita ambil dari kisah para nabi seperti nabi Lut dan Nabi Nuh. Halangan yang besar bagi pendakwah yang seringkali terjadi kini adalah anak-anak mereka terjebak dalam kancah yang tidak bermoral. Tidak percaya? Ini sangat biasa kita dengari kini, dan inilah fitnah yang sangat besar yang bakal menghalang kerja pendakwah. Kakak mengenali seorang pendakwah yang sangat terkenal dengan ketegasannya di daerah kakak. Anaknya telah terjebak dalam kancah tidak bermoral sehingga melahirkan anak luar nikah. Si ibu tidak keluar dari rumah berbulan lamanya sehingga jemputan kenduri pun tidak dihadirinya kerana malu. Si ayah tersentap dan tidak mampu berkata apa-apa lagi buat beberapa ketika sehinggalah beliau beroleh kekuatan. Namun (arwah) yang saya kenali memang seorang yang saya begitu hormati dan kagumi kerana ketegasan dan ketinggian ilmu beliau. Perkara yang terjadi adalah semata-mata ujian dari Allah SWT kerana anak ini memang bermasalah sedari kecil dan anak-anak yang lain semuanya berjaya belaka.


11) Tertipu Dalam Amalan
Imam Ghazali Rahimahullah ada menyenaraikan beberapa contoh tertipu di dalam amalan yang dapat kakak nukilkan di sini. Terjadi di kalangan ahli tasauf yang tertipu dalam beramal bilamana mereka menyangkakan apa yang mereka cari adalah akhirat yang kekal abadi namun hakikatnya mereka mengukur dengan melihat kepada kehebatan dunia. Mengelirukan? Biar kakak jelaskan. Terdapat di kalangan ahli sufi yang begitu disiplin dalam amalan mereka pada zaman dahulu. Mereka meninggalkan kehidupan dunia yang biasa yang mengamalkan hidup yang serba zuhud. Mereka juga beramal dengan zikir-zikir yang begitu banyak dan tinggi tahapnya. Namun apa yang mereka hajatkan adalah kebolehan luar biasa seperti boleh terbang, boleh berjalan di atas air dan lain-lain  dengan menyangka bahawa inilah bukti penerimaan Allah SWT terhadap amalan mereka. Lebih hebat kebolehan luar biasa mereka, lebih hebatlah tahap amalan mereka. Sedangkan merek tidak menyangka bahawa apa yang mereka inginkan itu hanyalah keinginan yang sangat keduniaan yang boleh menghilangkan tawaduk di dalam hati mereka.
Lantas apakah kaitannya dengan kita sebagai pendidik dan pendakwah /blogger pendakwah?
Kita juga boleh tertipu dengan amalan kita apabila terselitnya keinginan dunia dalam kerja dakwah ini. contohnya mengharap ramai yang menziarah blog? Memberi komen yang memuji? Menjadi blogger terkenal? menjadi penceranah terkenal? Mengharap pujian manusia? Nauzubillahiminzalik. Inilah yang sangar sukar dan mengganggu hati kita para pendakwah. Bagi diri kakak sendiri gangguan ini sering juga hadir walaupun pada asalnya niat kakak adalah bersih dari perkara ini. Sehingga satu ketika kakak hampir sahaja membuang shoutbox dan melenyapkan komen dari entry. Namun memikirkan adik-adik dan pembaca yang mengharap dapat berkomunikasi dengan kakak, kakak tidak sampai hati. Perihal ini kita dinasihati agar memperbaharui niat kita dan sering menzikirkan istiqfar.


12. Rumahtangga Berantakan?
Dalam menjalankan kerja dakwah kita seharusnya sangat berhati-hati kerana syaitan mencari peluang dalam segala segi. Apalagi syaitan yang dihantar kepada golongan pendakwah ini pangkatnya bukanlah sekadar kopral biasa, mungkin ranking di kalangan syaitannya agak tinggi. Kenapa rumah tangga berantakan? Ini mungkin terjadi kerana pengamalan dakwah yang tidak mengikut sunnah Rasulullah SAW yang menghalalkan cara atau mengikut logik akal semata-mata. Awas!Dalam berdakwah aurat kena dijaga. Pandangan mata kena ditundukkan selalu kerana kita  manusia dan bukan mahram kita yang juga berdakwah itu adalah manusia seperti kita juga. Sekaliannya ada naluri yang sama. Jika kita sering berurusan  atas nama dakwah sekalipun, kita kena selalu betulkan niat dan jaga segala aspek yang patut dijaga. Hati adalah punca berlakunya banyak masalah. Bermula dari hati, masalah yang lebih teruk mungkin timbul. Jatuh cinta adalah gangguan hati yang utama. Tidak mendatangkan masalah besar jika cinta itu berbunga bagi yang belum berpunya, mungkin Allah SWT mahu menyatukan mereka untuk membantu kerja agama (namun kena diperbetulkan juga sebab kata ustaz, kita hanya boleh mencintai si dia jika dah ada ikatan, pertunangan adalah masa untuk kenal-mengenal) . Namun apa ceritanya jika cinta berbunga pada isteri orang, atau suami orang. Oh, sungguh sukar. Kakak memohon dijauhkan perkara ini dari terjadi kepada pendakwah. Ia adalah fitnah yang sungguh besar.

Setakat ini dapat kakak nukilkan dalam waktu yang sangat menghimpit ini. Kakak memohon maaf kerana kakak menyampaikan bukan kerana kakak baik, tetapi ini semua pernah kakak tempuhi dalam arena dakwah dan kakaklah yang terbanyak melakukan kesilapan yang tertera di atas.
Wallu'alam

Thursday, December 30, 2010

Hujan Melagu Pilu

google image


hujan..
turun beriring kesedihan
dipuput bayu dingin 
melagu kepiluan hati

mengertilah diri..
bukan dikau seorang murabbi
duduk didikmu  mulia 
dudukmu cuma rusuk kirinya
syurgamu keredhaannya

dengan kasih dan doa
seiring izinNya
sang arjuna bisa kembali...



Wednesday, December 22, 2010

Permata di Dalam Lumpur

Salam sekalian pembaca,

Agak sukar untuk kakak nyatakan apakah tajuk yang paling sesuai untuk entri pada kali ini. Terlalu banyak yang kakak lalui dalam seminggu ini yang dapat kakak jadikan iktibar sebagai panduan dalam menjalani hidup.

'Ibratulli ulil albab' - ibrah bagi mereka yang mahu berfikir, kesalan bagi mereka yang tidak mahu berfikir. Itulah yang dapat kakak simpulkan dari perbincangan yang bakal kita lalui sebentar nanti.

Baik atau buruknya sesuatu yang berlaku tidak ditentukan oleh cantik atau teruknya perkara yang ditaqdirkan kepada kita, sebaliknya ia ditentukan oleh bagaimana kita menanggapi perkara tersebut. Kitalah yang akan menentukan samada sesuatu itu memberi implikasi baik atau buruk. Mungkin pada satu-satu masa kita ditaqdirkan menghadapi sesuatu musibah yang begitu memedihkan. Begitu teruk sehingga hampir-hampir kita jatuh kerananya. Lantas, bagaimanakah sikap kita pada ketika itu? Sedih? Sedih adalah satu kelaziman yang tidak dapat dihindarkan. Namun, berbaloikah kita jatuh rebah kerananya? atau sepatutnya kita bertafakur dan cuba sedaya upaya mencari kekuatan untuk bangun semula, mencari cahaya yang telah sirna. Menggapai dalam kesuraman dan berpaut pada mana-mana dahan ranting yang ada?. Ya, itu adalah lebih baik daripada kita terus menyesali nasib yang pada tanggapan kita tidak menyebelahi,. Bukankah begitu?

Namun apa yang mahu kakak katakan di sini adalah sesuatu yang lebih sukar kita hadapi dari ditimpa musibah. Apakah itu ? Cuba bayangkan?Apakah keadaan yang lebih sukar dari ditimpa musibah?

Ya, apa yang kakak mahu sentuh pada hari ini adalah ditaqdirkan hidup di dalam situasi yang sangat melelahkan jiwa. Yang mana tidak ada satu jalan yang lebih baik melainkan duduk menghadapinya. Apatah lagi kita tahu bahawa keadaan yang teruk ini pasti berterusan dan berulang-ulang dari masa ke masa untuk satu tempoh masa yang sangat lama. Sekiranya adik menghadapi keadaan seumpama ini, apakah yang adik akan lakukan? Di bawah ini ada beberapa cara beserta buruk dan baiknya natijah sekiranya tindakan berkenaan diambil:

1. Lari dari situasi berkenaan.
Kita boleh lari dari situasi yang terpaksa kita hadapi ini dan beralih ke tempat baru yang 'mungkin' menjanjikan kehidupan yang lebih baik. Sebenarnya, hampir kebanyakan individu yang kakak kenali di dalam hidup kakak, mengambil jalan penyelesaian begini, malah ahli keluarga kakak sendiri pun ada yang begitu suka berpindah dari satu keadaan ke satu keadaan yang lain. Namun, kakak lihat tiada satupun usaha mereka ini yang membuahkan hasil yang baik. Setiap kali mereka lari dari tempat lama yang teruk, mereka tetap menghadapi masalah yang berat di tempat yang baru.

2. Hadapi dengan keras.
Adakalanya kakak lihat orang di sekeliling kakak menghadapi sesuatu situasi yang teruk dengan cara yang lebih teruk. Ini banyak berlaku di tempat kerja. apabila mereka dimarahi oleh majikan yang garang atau rakan sekerja, mereka akan membentak, memprotes, memberi timbal balas yang serupa atau mungkin lebih teruk lagi. Dari satu segi mereka melihat bahawa inilah penyelesaian. Tanggapan mereka, orang yang memarahi kita akan tahu tahap kita dan tidak berani lagi memperlekehkan kita. "Dia ingat dia sorang yang tahu marah?" Ini adalah perkataan yang sering sangat kakak dengar di dalam pejabat. Namun ada kalanya kita tidak sedar bahawa dengan cara inilah kita menutup pintu muzakarah di dalam hidup kita. Orang akan memandang kita sebagai seorang yang tidak boleh ditegur dan sehingga selamanya kita akan berterusan di dalam keadaan demikian. Jika kita membuat silap, kita akan terus dalam kesilapan. Tiada siapa berani menyampaikan kepada kita apa yang benar. Kakak pernah mendengar cerita tentang seorang staf yang berterusan memakai T'shirt dan selipar ke pejabat tanpa rasa bersalah kerana tiada siapa yang berani menegur dirinya yang kepala angin termasuklah EO dan pengarah.

3. Berdiam diri dan menyepi.
Ini pula adalah satu serangan saikologi yang sama teruk dengan situasi kedua di atas. Anda fikir anda melakukan yang terbaik dengan membisu begitu? Tidak sama sekali kerana jika anda benar, kebenaran tidak dapat ditegakkan,. dan jika anda salah, orang akan memberi reaksi  yang sama  terhadap anda seperti kes kedua di atas.

4. Mengutuk di belakang.
Ini adalah virus yang paling 'terhormat' tetapi paling teruk akibat yang akan terjadi kemudiannya. Cara inilah yang paling terkenal dilakukan di kalangan masyarakat terutamanya di kalangan pekerja pejabat.  Kakak katakan 'terhormat' kerana ia kelihatan seperti tiada apa-apa berlaku. Namun, umpama barah, sakitnya tidak kelihatan di luar. Tetapi di dalam, ia membesar dan menunggu masa untuk pecah yang akan mengeluarkan isi yang begitu busuk meloyakan. Kenapa dik? kerana menyatakan perasaan tidak puas hati anda kepada pihak ketiga atau mendengar masalah dari satu pihak akan menimbulkan banyak kesan negatif iaitu:
               
              i) Terpengaruh.
Anda mendengar dan terpengaruh kepada pihak yang menceritakan masalahnya, kemudian merasa marah kepada pihak yang satu lagi. Namun apa yang anda dengar sebenarnya adalah pendapat satu pihak sahaja. Anda tidak mendengar versi pihak yang satu lagi.

                ii) Terdedah kepada cerita yang tidak benar. 
Kebiasaan pihak yang mencari sokongan akan menokok tambah  dan berlebih-lebihan dalam menyampaikan cerita berkenaan untuk memberatkan lagi perasaan simpati anda terhadapnya. ada kalanya dia membuka aib lama yang telah menjadi sejarah di dalam hidup lawannya itu.

                iii) Memberi impresi yang tidak baik di dalam hati anda terhadap pihak yang dituduh/ diadu. 
Anda akan merasa susah untuk bekerja dengan betul di bawah individu berkenaan (sekiranya dia seorang bos) kerana anda telah terlebih dahulu mendapat gambaran yang negatif tentang orang itu..

               iv) Asal kutukan /umpatan akhirnya menjadi fitnah
Kes ini pernah terjadi kepada seorang rakan kakak. Satu ketika dia telah melakukan sesuatu yang kurang disukai. Dalam sekejap masa, cerita tentang dirinya telah menjadi buah mulut orang ramai. Agak lama selepas itu, kakak mendengar cerita berkenaan dalam versi yang sungguh berbeza. Aneh bukan? Sedangkan kita memang mengetahui keadaan sebenar tidak begitu. Lihat bagaimana hebatnya teori 'telefon karat' yang berlaku. Asal benar kemudian menjadi fitnah. Kerana inilah kita sebagai umat Islam wajar mencontohi seruan Rasulullah SAW agar tidak 'memakan daging-daging sahabat kita sendiri'. Kalau difikirkan dengan akal yang dangkal ini memang tiada salahnya mencerita perkara yang benar-benar terjadi? Namun yakinlah bahawa  segala yang Rasulullah sampaikan itu adalah dari Allah SWT dan sesungguhnya Allah SWT maha mengetahui kelemahan makhluk ciptaanNya.

Baiklah, setelah begitu banyak 'cadangan negatif' yang kakak utarakan, segalanya tiada faedahnya jika tiada cadangan positif yang boleh kita jadikan panduan.

Apabila kita terpaksa berhadapan dengan ketidaksukaan yang datang bertubi-tubi yang melibatkan manusia, kita tidak dapat lari darinya dan mengubahnya mengikut kesukaan hati kita, apa yang perlu kita lakukan adalah mengambil tindakan-tindakan seperti di bawah:

1. Berfikir sejenak sebelum bertindak.
Kita dimarahi dengan ungkapan yang benar-benar menaikkan darah? contoh ynag pernah kakak lalui di dalam hidup kakak, seperti ini : " Fatimah, you are so bad!" atau yang  pernah kakak lalui sebelum bergelar pendidik "Lu apa punya akitek. Teruk! Tak boleh pakai.."

Apa yang kakak lakukan adalah berdiam diri, berikan senyuman dan meminta maaf. Lalu, apakah natijahnya?
                     
                       i) Orang yang memarahi kita akan turun darjah kemarahannya serta merta.
                      ii) Dia kemudiannya (dengan nada yg lembut) akan memberi alasan kenapa dia mengatakan kita teruk sebagai 'defence mechanism' kepada kenyataan dahsyat yang dikeluarkannya. Dia akan malu sendiri.
                     iii) Apabila dia pulang ke rumah, kejadian ini akan berlegar-legar dalam fikirannya dan dia akan menyesali pendekatan yang telah diambilnya.
                     iv) Dia mungkin akan mengubah caranya terhadap anda pada satu hari nanti. percayalah, kakak ada seorang ketua yang sangat tidak disukai orang bawahannnya, akan tetapi cara beliau berhadapan dengan kakak adalah sangat baik berbanding cara dia berhadapan dengan orang lain. Kakak pernah dimarahi tetapi kakak tidak pernah membalas kemarahan beliau dengan cara yang negatif.

Persoalannya, tidak adakah perasaan terkilan dengan setiap yang diperkatakannya itu ?
Jawapannya pastilah ada. Tetapi dalam situasi tertentu, kita harus rasional dan mengambil kira banyak perkara seperti :
                     i) Kita akan berhadapan dengan orang ini dalam satu tempoh masa yang sangat lama. Kerja buat kita sangat bergantung kepada 'approval' darinya. Tidak ada yang lebih penting dari mengutamakan kepentingan organisasi dari kepentingan diri sendiri.

                    ii) Kita harus tanamkan dalam diri kita bahawa tidak ada di dalam dunia ini manusia yang sempurna. Kesempurnaan adalah sifat Allah SWT. Ketidak sempurnaan manusia adalah bukti kekuasaan dan kesempurnaan Allah SWT. Kawan yang paling baik dan paling rapat dengan kita sekalipun pasti pernah atau pada suatu hari nanti akan menguris hati kita atau menyebabkan kita berkecil hati.

                   iii) Mengambil yang positif.
Cuba kita teliti dan fikirkan kembali apa yang beliau perkatakan itu, apakah benar apa yang dikatakan itu? Mungkin yang dikatakan tentang diri kita adalah benar tetapi ianya disampaikan dengan cara yang salah. Jangan lihat pada cara beliau tetapi cuba telitikan tuduhan tersebut. Jika benar, mengaku dan perbaiki adalah lebih baik daripada mencemuh caranya atau mengungkit kesilapan-kesilapan lama yang pernah beliau lakukan. Ingatlah, cermin yang terbaik adalah cermin yang dapat memacarkan reflek yang paling terang dan jelas. Orang yang terbaik untuk kita jadikan cermin diri kita adalah orang yang paling lantang memberi komen tentang diri kita.

                  iv) Lihat kebaikan dirinya. Seperti yang pernah kakak tulis dalam bab Tawaduk sebelum ini, cuba cari kebaikan dirinya walaupun kebaikannya cuma 1 berbanding keburukannya 9. Peringati diri bahawa manusia yang paling teruk adalah seorang yang langsung tidak dapat melihat satu kebaikan pun dari diri seseorang yang lain.

                  v) Anggapkan ujian ini sebagai bekalan untuk kita memperkemaskan diri apabila berhadapan dengan situasi yang lebih mencabar pada masa akan datang. Orang yang pernah melalui situasi yang teruk di dalam hidupnya akan menjadi lebih bersedia dan lebih kuat untuk mengharungi situasi yang lebih mencabar. Positifkan fikiran bahawa kemungkinan ini adalah didikan dari Allah SWT untuk kita membina jati diri dan kemungkinan pada suatu hari nanti kita pula akan berada di atas sebaris dengan pemimpin kita yang ada sekarang ini. Orang yang berjaya adalah orang yang mempunyai kebolehan untuk memaksa diri meneruskan perjuangan ketika mengharungi kepayahan kerana keadaan bekerja bukan selamanya dalam keadaan selesa. Kita juga kena sentiasa mengingati janji Allah SWT bahawa Allah SWT tidak akan memberi sesuatu ujian kepada makhluknya melainkan sesuai dengan kekuatan yang ada dalam dirinya. Hanya orang kuat yang berada di atas. Sikap yang tertanam dalam diri kita sekarang akan menentukan kedudukan kita pada satu hari nanti.

Sekiranya keadaan yang kita lalui terlampau teruk dan kita berasa buntu kerananya, bawalah terlebih dahulu permasalahan kita kepada mesyuarat. Kita boleh mesyuaratkan perihal permasalahan ini denga kaum keluarga yang terpercaya seperti pasangan atau ibu-bapa. Setelah mendapat jawapan dari mesyuarat itu, patuhilah ia. Yakinkanlah  diri kita bahawa  di dalam setiap mesyuarat ada barakahnya dan ada kejayaannya. Ini adalah kerana mesyuarat adalah sunnah Rasulullah SAW dan dalam setiap sunnah ada kejayaan. Selain itu kita juga boleh melakukan solat istigharah dan tunggulah keputusan dari Allah SWT dalam apa bentuk yang akan menggerakkan kita untuk bertindak. Ada kemungkinannya situasi yang buntu adalah kurniaan Allah SWT untuk kita beralih atau berpindah ke tempat lain yang telah ditaqdirkan AllahSWT dalam kamus hidup kita.
Sekian, Wallu'alam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...