Tapak yang dipercayai sebagai tempat kelahiran Nabi Isa as di Crurch of Navity.... Wallahu'alam |
Salam buat teman dan adik-adik sekalian, semoga dalam hidayah dan dikurniakan rahmat dan sakinah dari Allah Subhanahu Wataala. Kebelakangan ini Kak Fatim agak kesibukan sikit. Saban hari tercari-cari masa untuk berblog. Jangankan nak masukkan entri baru, nak melawat blog kawan-kawan pun tak sempat. Terlalu banyak kekangan sehingga masa yang sangat sedikit ini juga Kak Fatim tetap pergunakan untuk memasukkan entri. Moga Allah SWT membuka jalan untuk kakak dan adik-adik pembaca sekalian mohon doakan kakak untuk meneruskan perjuangan melalui wadah ini.
Sebenarnya Kak Fatim berblog juga tetapi bukan melalui blog ini. Kakak masukkan entri dalam blog resepi. Blog resepi tu tidaklah teruk sangat untuk diisi kerana formatnya sama sahaja. Yang teruk blog ini kerana pendekatan yang kakak gunakan untuk blog ini adalah ilmiah. Setiap kali kakak nak masukkan entri untuk blog ini kakak ambil masa yang cukup panjang kerana kakak nak pastikan pengisiannya berguna untuk rujukan bukan sahaja pada waktu ini, malah 100-200 tahun yang akan datang. Begitulah tingginya impian kakak yang pasti menjadi angan-angan sekiranya tidak diusahakan.
Baru-baru ini kakak pernah berjanji untuk menceritakan tentang permulaan agama Kristian Ortodoks yang berlaku selepas Nabi Isa Alaihisalam diangkat ke langit. Ya, hari ini kakak akan ceritakan. Namun begitu kakak harap cerita ini adik pembaca sekalian ambil hanya sebagai pemangkin untuk adik-adik baca bukunya yang sebenar. Kakak tulis pada hari ini adalah berdasarkan ingatan terhadap buku yang telah kakak baca pada lebih kurang 7 tahun yang lalu. Jadi kebarangkalian untuk kakak lupa atau tersilap adalah tinggi. Selain itu kakak juga ada membaca bahan lain tentang permulaan kristian ini seperti hasil tulisan Ahmad Deedat dan sebagainya. Kemungkinan untuk bercampur aduk fakta adalah juga tinggi. Kakak mohon maaf kerana tidak dapat menulis sambil merujuk buku yang sebenar kerana kakak tidak tahu di mana hendak dicari semula buku-buku berkenaan dan kakak juga sangat kesuntukan masa.
Baiklah, buku-buku yang kakak rujuk untuk tulisan ini bertajuk "Isa Sebagai Nabi Islam", Muhummed The Natural Succesor to Christ, Qisyahul Anbia' Ibratulli ulil Al Bab, Sejarah Hidup Nabi-nabi dan beberapa buah buku karya Ahmad Deedat yang kakak telah terlupa tajuknya (lebih kurang bunyi bukunya mcm ini- Jesus is not a God and Never Was....).
BAHAGIAN 1
Cerita Tentang Orang-orang Essen
Orang-orang Essen adalah sekelompok manusia berketurunan Nabi Yaakob bin Ishak (as) yang memelihara kepercayaan kepada Allah SWT. Mereka berketurunan Bani Israel. Pada zaman sebelum kelahiran nabi Yahaya (as), keadaan menjadi kacau bilau kerana ketika itu kerajaan Rom begitu membenci orang-orang Essen dan menangkap dan membunuh golongan ini. Kerajaan Rom ini dibantu oleh golongan Yahudi Kafirun yang menyokong penuh tampuk pemerintahan Rom ini. Peperangan berlaku di antara Kerajaan Rom yang dibantu oleh orangYahudi yang menyokong mereka melawan golongan Bani Israil yang percaya kepada Allah SWT. Orang-orang Essen ini tinggal di dalam hutan, gua-gua, pergunungan dan lain-lain dan melakukan serangan ala gerila kepada kerajaan Rom. Kebanyakan mereka adalah lelaki, hidup sebagai pelarian, tidak berkahwin dan sangat sedikit golongan wanita yang menyertai mereka.
(Makluman : Orang-orang Essen banyak membuat catitan Old Testament (Perjanjian Lama) dan menyimpan lembaran-lembaran ini. Selepas ribuan tahun agama Kristian bertapak di muka bumi ini, dengan perubahan versi yang banyak seperti Kristian Ortodoks, Protestan, Khatolik dan pelbagai injil dikeluarkan, satu catitan lama orang-orang Essen telah dijumpai. Perjumpaan Lembaran ini yang amat terkenal sehingga National Geograpry sendiri membuat kajian dan melancar satu filem edisi khas tentangnya (boleh rujuk, ada dalam internet) dinamakan The Dead Sea Scroll - akan dibincangkan sebentar lagi).
Kelahiran Nabi Yahaya a.s dan Nabi Isa a.s
Kelahiran Nabi Yahaya a.s dan Nabi Isa a.s adalah sebagaimana yang telah kita pelajari dan fahami melalui Kitab Suci Al Quran Al Karim, iaitu nabi Yahaya adalah anak kepada Nabi Zakaria a.s dan Nabi Isa adalah anak kepada Mariam yang merupakan anak saudara kepada isteri nabi Zakaria as. Ibu Maryam yang bernama Hannah merupakan adik kepada isteri Nabi Zakaria as yang bernama Asyia. Suaminya bernama Imran(ayah kepada Mariam) merupakan keturunan nabi Daud as . Isteri nabi Zakaria sendiri adalah seorang perempuan mandul sehinggalah Nabi Zakaria bermohon kepada Allah SWT agar mengurniakan zuriat kepadanya dan doa itu dimakbulkan dengan kelahiran nabi Yahaya as ketika umur nabi Zakaria as sangat tua. Selama Nabi Zakaria tidak mempunyai anak, baginda menjaga anak saudaranya iaitu Maryam seperti anaknya sendiri. Jadi, Nabi Isa as adalah cucu saudara kepada Nabi Zakaria dan Nabi Yahaya pula adalah bapa saudara sepupu nabi Isa as. Namun begitu masa kelahiran mereka adalah hampir sama menyebabkan mereka menjadi rakan sebaya (rujukan-Kisah Para Nabi Teladan Bagi Orang Yang Berfikir - Ibnu Kathir)
Semasa kelahiran inilah berlakunya kekacauan dan peperangan yang sengit di antara orang-orang essen dan tentera Rom. Nabi Zakaria dan Nabi Zakaria sendiri telah pernah membawa lari kaum keluarganya termasuklah Mariam sendiri di dalam hutan belantara untuk menyelamatkan diri dari tentera Rom yang zalim. Pada satu ketika, nabi Isa sendiri di bawa lari ke Mesir kerana utusan raja Syria mahu membunuhnya. Baginda dibesarkan di sana sehingggalah baginda berumur 12 tahun. Setelah keadaan aman, Maryam kembali membawa pulang nabi Isa as dan pada ketika ini Nabi Isa telah membesar sebagai kanak-kanak yang mempunyai kebolehan yang luar biasa (mukjizat) seperti menyembuhkan orang buta, merawat orang berpenyakit kusta, menjumpai semula wang yang hilang dan lain-lain.
Orang-orang Yahudi yang kafir memandang kelahiran nabi Isa adalah hasil penzinaan di antara Mariam dan Nabi Zakaria dan ada pula yang mengaitkan kelahiran ini akibat penzinaan dengan seorang ahli ibadah Si tukang kayu Yussuf an Najjar. Yusuf merupakan sepupu kepada Maryam sendiri. Atas sebab inilah juga berlaku penolakan dikalangan orang Yahudi terhadap Nabi Isa as. Orang Yahudi mencaci maki nabi Isa as dan menuduh baginda sebagai anak penzina.
Tentang The Dead Sea Scrolls.
The Dead Sea Scrolls adalah 972 helaian dokumen yang ditulis di atas kepingan kulitd an kepingan kulit pokok yang dijumpai di dalam gua bahagian utara Laut Mati (Jordan). Scroll ini mengandungi hasil-hasil tulisan kitab milik orang essen yang asli. Penemuan ini terjadi apabila seorang pengembala kambing mencari kambingnya yang hilang sehingga menemui Scroll ini yang disimpan di dalam dinding-dinging gua. Pengembala kambing ini kemudiannya mengambil Scroll berkenaan dan menjualnya kepada penjual kulit untuk mendapat sedikit wang. Mereka kemudiannya menyedari bahawa kulit-kulit ini mengandungi dokumen berharga yang tidak dapat diterjemahkan dan menyimpannya dengan begitu lama sehinggalah terdapat usaha untuk menterjemahkannya kembali. Penemuan ini telah menyebabkan isu baru timbul bilamana apa yang tercatat di dalam the Dead Sea Scroll adalah berlainan dari kitab-kitab injil (bible) yang ada pada masa kini.
Berikut adalah maklumat mengenai The Dead Sea Scrolls yang kakak perolehi dari Wikipedia:
The Dead Sea Scrolls are a collection of 972 documents, including texts from the Hebrew Bible, discovered between 1946 and 1956 in 11 caves in and around the ruins of the ancient settlement of Qumran on the northwest shore of the Dead Sea.
The texts are of great religious and historical significance, as they include the oldest known surviving copies of Biblical and extra-biblical documents and preserve evidence of great diversity in late Second Temple Judaism. They are written in Hebrew, Aramaic and Greek, mostly on parchment, but with some written on papyrus.[1] These manuscripts generally date between 150 BCE and 70 CE.[2] The scrolls are traditionally identified with the ancient Jewish sect called the Essenes, though some recent interpretations have challenged this association and argue that the scrolls were penned by priests in Jerusalem, Zadokites, or other unknown Jewish groups.[3][4]
The Dead Sea Scrolls are traditionally divided into three groups: "Biblical" manuscripts (copies of texts from the Hebrew Bible), which comprise roughly 40% of the identified scrolls; "Apocryphal" or "Pseudepigraphical" manuscripts (known documents from the Second Temple Period like Enoch, Jubilees, Tobit, Sirach, non-canonical psalms, etc., that were not ultimately canonized in the Hebrew Bible), which comprise roughly 30% of the identified scrolls; and "Sectarian" manuscripts (previously unknown documents that speak to the rules and beliefs of a particular group or groups within greater Judaism) like the Community Rule, War Scroll, Pesher on Habakkuk (Hebrew pesher פשר = "Commentary"), and the Rule of the Blessing, which comprise roughly 30% of the identified scrolls.[5]
Permulaan Krisitaniti
Permulaan tercetusnya agama kritian boleh dilihat daripada terjadinya peristiwa Nabi Isa diangkat ke langit. Nabi Isa mempunyai 10 orang pengikut setia yang dikenali sebagai Hawariyyun dan sebilangan besar pengikut lain yang biasa. Pengikut ini juga dikenali sebagai rasul dari segi istilah yang membawa maksud penyampai. Mereka mencatit apa yang disampaikan oleh nabi Isa dan apa-apa berlaku di sepanjang kehidupan Nabi Isa as. Cara pencatitian mereka adalah di dalam bentuk penceritaan /narrator yang meletakkan nabi Isa pada kata ganti nama ke tiga iaitu dia, baginda dan lain-lain. Ini adalah antara sebab mengapa penulisan Bible di dalam bentuk penceritaan dan bukannya ayat sebenar yang disampaikan seperti ayat-ayat suci Al Quran.
Antara pengikut setia nabi Isa adalah seorang hawariyyun yang dikenali sebagai Barnaba. Barnaba adalah seorang pengikut yang soleh dan gigih menyampaikan dakwah. Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, kumpulan ini amat dibenci oleh Kerajaan Rom dan Kaum Yahudi Kafirun yang telah merancang untuk membunuh Nabi Isa as. Pada hari Nabi Isa diangkat ke langit, seseorang pengikut nabi Isa yang telah berpaling tadah (mengikut riwayat dikenali sebagai Yahuda atau Judas Iskariot) Judas Iskariot telah Allah SWT samakan dengan nabi Isa dan dialah yang akhirnya ditangkap dan dipalang sehingga meninggal dunia. Ada juga riwayat yang mengatakan bahawa Judas Iskariot adalah merupakan pengikut setia Nabi Isa yang sanggup mengorbankan dirinya bagi menggantikan tempat Nabi Isa dan dia bukanlah seorang pengkhianat. Wallu'alam.
(Nota: Judas Iskariot mempunyai lembaran kitabnya sendiri yang dicatit berdasarkan apa yang disampaikan oleh Nabi Isa as. Lebaran kitab ini telah dijumpai baru-baru ini. Kajian telah dijalankan terhadap isi kitab ini dan diterjemahkan dengan tajuk - Bible Of Judas Iscariot)
BERSAMBUNG........bila ada masa...doakan kakak.
salam kak fatim...
ReplyDeleteni orang hensem nak kongsi sikit he3...
pasal penggunaan 'ortodoks':
kalau orientalis barat menggunakan istilah 'zealots' merujuk kepada ahli sunnah/muslim yang fanatik kepada Islam (konservatif)... dan 'ortodoks' pula digunakan kepada Yahudi dan Nasrani. Ade pendapat mengatakan bahwa 'ortodoks' digunakan bagi golongan yang bernaung di lapangan ilmu, dan zealot digunakan dalam lapangan yang lebih ekstrim seperti underground, militan dan kekerasan. Dan salah satu contoh zealot seperti gerakan Hamas yang berjuang di lapangan perang/pertempuran. Dan golongan2 yang digelar 'zealot' oleh para orientalis adalah golongan hanabilah... Ignaz goldziher ade tulis pasal istilah ni dalam INTRODUCTION THEOLOGY AND LAWA...
Maaf kak saje2 saye tambah he3...
Salam le dik yang 'hemsem',
ReplyDeleteBaguslah kalau nak tambah info. Ini yang sebenarnya kak harapkan. Kebanyakan orang suka memuji di ruang komen, tp sebenarnya pujian yang terlalu banyak boleh menyebabkan sesiapapun tersasar. Bila Hasrul tambah kak dah dapat satu ilmu. Baguslah macam tu.
*pembetulan:
ReplyDelete'INTRODUCTION THEOLOGY AND LAW...'
bukan
'INTRODUCTION THEOLOGY AND LAWA...'
he3...