Seorang isteri mengadu kepada
saya tentang rumahtangganya. Menurutnya, dialah yang mengeluarkan belanja makan minum keluarganya
sehari-hari. Duit gaji suaminya hanya cukup untuk membiayai kereta, rumah yang
mereka duduki sekarang dan rumah yang baharu dibeli. Semua harta itu adalah di
atas nama suaminya, selebihnya adalah untuk orang tua suaminya di kampung.
Seolah-olah untuk dirinya, tiada apa-apa, melainkan komitmen yang tidak
berbelah bahagi. Kesempitan hidupnya tidak terperi, sehingga ada kalanya terpaksa
mengambil duit tabung anak-anak untuk membeli makanan.
Sungguh kasihan. Tetapi ini
bukanlah cerita yang pertama saya dengari seperti ini. Kes begini sudah menjadi
lumrah dalam institusi keluarga Islam di Malaysia.
Sangat sukar untuk memberi buah
fikiran dan cadangan kerana tibulasi yang menimpa rumah tangga orang lain,
walaupun ‘outcome’nya kelihatan sama, puncanya seringkali berbeza.
Plot-plotnya, watak-wataknya dan pokok penceritaannya seringkali sangat
subjektif dan tidak semudahnya dibandingkan dengan perjalanan cerita dalam
rumahtangga kita.
Kita boleh memberi pandangan,
tetapi samada ia praktikal untuk diamalkan, tidak dapat dipastikan.
Dalam Islam, dari segi hukum,
nafkah adalah tanggungjawab suami. Isteri yang tidak mendapat nafkah, boleh
menuntut haknya, malah boleh melepaskan diri dari ikatan itu jika masalah itu
berpanjangan.
Itu adalah hukum. Tetapi ada satu
rahsia lain yang lebih bermakna si situ.
Sebagai contoh, kita tidak wajib
periksa sesuatu makanan yang bercop logo halal itu sama ada ia benar2 halal
ataupun tidak. Cukup sekadar meletakkan kepercayaan kepada cop logo halal JAKIM
di luar bungkusan. Namun begitu, orang yang warak sangat berhati-hati dan tidak
sembarangan mengambil sesuatu makanan kecuali jika mereka benar-benar yakin. Dua-dua
pihak pun betul, tetapi yang kedua lebih baik.
Berbalik kepada perbincangan asal
tadi. Hukum pemberian nafkah itu terletak pada suami, tetapi jika tidak berlaku begitu, anda ada dua pilihan.
Memilih untuk menuntut hak, atau REDHA. Dua-dua pilihan pun betul. Tetapi yang
kedua lebih baik.
Kefahaman tentang natijah di
sebalik ujian yang Allah SWT berikan kepada seseorang manusia tidak akan
diperolehi melainkan melalui jalan sabar dan redha. Ia bukan mudah untuk
dilakukan. Setiap manusia memerlukan insan lain untuk memperingatkan tatkala ia
sakit ditimpa ujian, hatta orang agama sekalipun.
Si isteri mungkin tidak mendapat
nafkah dari suaminya, tetapi Allah SWT membuka jalan rezeki dari pelbagai
sumber lain yang tidak disangka-sangka, dan sememangnya itulah yang berlaku. Telah
banyak cerita-cerita rezeki terpijak saya dengari dari isteri yang berbelanja
untuk keluarga, termasuklah pengalaman saya sendiri. Yakinlah, rezeki Allah SWT
sememangnya luas. Isteri juga perlu meluaskan fahamannya tentang rezeki. Sihat
juga rezeki, anak-anak juga rezeki, suami yang rajin menolong didapur juga
rezeki. Mertua yang baik juga rezeki.
Kita tidak tahu walau
sejengkalpun, apakah untung nasib kita pada hari esok. Untuk memahami takdir
bukanlah sekadar sehari dua. Mungkin natijah itu hanya jelas setelah kita berusia
lanjut. Sebab itulah kita perlu letakkan YAKIN terlebih dahulu, kerana
penilaian ke atas ujian dalam kehidupan sangat memakan masa untuk difahami.
Pertama, yakinlah dalam setiap ujian
pasti ada hikmah disebaliknya.
Keduanya, ujian tanda kasih Allah
SWT terhadap hambaNya.
Ketiga, ujian adalah pintu kepada
rezeki yang lebih baik.
Sebagai mengubat hati, isteri juga perlu belajar mencari kebaikan
lain dalam diri suaminya. Jika kelemahannya dari sudut pemberian nafkah, pasti
sekali ada terselit kebaikan-kebaikan lain dalam dirinya. Jangan membandingkan
untung nasib kita dengan pasangan lain. Walaupun kita nampak pasangan lain
lebih hebat, yakinlah, mereka juga ada ujian-ujian yang perlu mereka hadapi. Cuma
masalah itu tidak tampak jelas di mata kita kerana mereka tidak ceritakan pada
kita. Boleh jadi masalah yang mereka hadapi lebih teruk dari kita.
Sememangnya isteri mempunyai alasan
yang cukup kuat untuk meletakkan kesalahan ini atas suami. Namun seringkali,
menang dalam penghujahan juga tidak mampu memperbaiki situasi yang telah
berlaku, malah lebih menerukkan lagi keadaan sedia ada. Bukan mudah mengubah orang lain, yang lebih
mudah untuk diubah adalah diri kita sendiri. Kitalah yang perlu beradaptasi.
Dalam pada itu, jangan berputus
asa menegur dan memanjatkan doa. Jika tiada jalan teguran melalui kita, carilah
orang yang dipercayai untuk menyampaikannya dan sampaikanlah dengan cara yang
baik dan berhikmah. Sebaiknya biarkan teguran itu kelihatan bersahaja, tidak
seperti teguran dan lebih kepada berkongsi pendapat. Seringkali lelaki lebih
suka mendapat buah fikiran dari temannya berbanding isterinya sendiri.
Syukurlah dengan sekadar yang
ada, nescaya sedikit itu sudah cukup untuk membahagiakan dirimu. Yang pasti,
setiap kebaikan yang kita lakukan, kebaikan jualah yang akan kembali kepada
kita. Jika kita ingin Allah menyertai kita dalam setiap usaha kita, kita perlu
amalkan bersifat SABAR. Yakinlah, janji Allah SWT ada di situ.
Mudah-mudahan saya sendiri dapat lebih
memahami dan mengamalkan perkara ini setelah menyampaikannya kepada orang lain.
Hard Rock Hotel & Casino - Mapyro
ReplyDeleteFind your nearest Casino and 시흥 출장안마 Hotel in 거제 출장안마 Rockford, MS at Mapyro. 공주 출장마사지 Hard Rock Hotel & Casino 강릉 출장샵 has 충청남도 출장안마 a casino just minutes from MS Gulf Coast.