Gambar photo diambil oleh penulis menunjukkan Sg Padang Benggali, Penaga
Celaru lubuk hatiku ini
Asbab Lubuk Ilmu Sepanjang Hayat
Dahulu sebelum wujudnya ia
Desakan kalbu meruntun jemari ini menulis
Kerana sekian lama terhentinya pena ini
Lantaran heretan dunia yang tak bisa habis
Sekian lama berhabuknya Olivetti Lettera
Menunggu ketukan tuannya yg tak kunjung tiba
Kini setelah wujudnya ia yang kunama
Lubuk Ilmu Sepanjang Hayat
Hati sering jadi gundah
Mata pejam tiada lena
Sedang harapan yg satu
Tertunai sudah demi wujudnya ia
Namun
Harapan seakan memakan diri
Tatkala pengharapan makhluk menghantui hati
Duhai....
Kenapa mengharap hadirnya manusia??
Bukan ini asbab wujudnya wadah ini!!!
Biar tiada yang mahu menyapa
Biar tiada yang sudi bertamu
Hasratmu hanya satu
Tika tubuh hancur ditelan tanah
Amalanmu masih kekal hidup
Selagi tiada luput di mayapada ini
Lubuk Ilmu Sepanjang Hayat
Duhai teman blogku
Bantulah Aku..
Beritahulah aku..
Kenapa aku mesti terus menulis????
Assalamualaikum...
ReplyDeleteBerilah nasihat barang sepatah, seperti pesan Nabi s.a.w, "Sampaikan walaupun hanya dengan sepotong ayat."
Salam, menulis itu satu perjuangan, kalau kite tak mampu berjuang cara lain, dengan menulis kite berjuang dan berjihad... ikot kemampuan dan cara masing2 :)
ReplyDeleteTerima kasih kepada saudaraku Abd Razak dan adik Hasrul Nizam. Terima kasih kerana memberi semangat kepada saya untuk menulis. Susah sebenarnya nak istiqamahkan sesuatu yang sebenarnya nampak mudah tetapi jika diperhalusi, kesan penulisan ini sangat lama dan panjang.
ReplyDeletesalam kak :)
ReplyDeleteZaman skang ni mata pena lagi tajam dari mata pedang he3
menulis itu satu kepuasan.Kepuasan kepada mereka yang benar2 menghargainya...
ReplyDelete